MuTiArA CiNtA

Monday, January 31, 2005

renungan sesama kita

Assalamualaikum?

Ada something yang nak share.Moga kita sama-sama ambik iktibar.

Luqman Al-Hakim sentiasa memberikan kata-kata berguna kepada anaknya supaya dia berfikir sdan mendalami maksud nasihat itu.Contohnya, beliau mahu anaknya tidak terlalu menerima bulat-bulat kebaikan seseorang kepadanya.Mungkin, bimbang ada udang di sebalik batu atas kebaikannya.
Katanya: “Hai anakku! Mohonlah perlindungan dengan Allah daripada segala kejahatan manusia dan berhati-hatlah engkau daripada segala kebaikan mereka.
“Jauhilah diri daripada musuhmu serta berhati-hati dengan kawanmu dan janganlah engkau menghalang sesuatu yang tidak berkaitan denganmu.”
Pada maksud yang hampir sama katanya: “Dan janganlah engkau meminta pertolongan daripada orang yang akan memperdayakanmu dan orang keji perangainya kerana jika dia membalas permintaaanmu itu, balasannya berupa keaiban buatmu. Dan sekiranya dia menunaikan hajatmu itu, ia hanya untuk kebanggaan (dirinya).
“Janganlah engkau meminta maaf kepada orang yang tidak suka melihat engkau memperoleh kemenangan. Janganlah engkau meminta pertolongan daripada orang yang tidak suka engkau mencapai kemahuanmu”.
Kebijaksanaan Luqman dalam memberikan nasihat turut dilihat apbila berkata: “Barangsiapa yang bercerita kepada orang tidak mendengar akan percakapannya, ia akan seumpama orang yang membawa harta bendanya kepada ahli kubur.
“Hai anakku! Utuslah seorang yang bijaksana dan berwasiat padanya. Utuslah seorang yang bijaksdana dan jangan pula engkau berwasiat lagi kepadanya.”
Kita hendaklah berhati-hati ketika memberi nadihat atau meluahkan sesuatu perkara kepada deseorang .Biarlah nasihat itu didengar dan dikuti oleh orang itu .Jika memberi nasihat kepada mereka yang enggan mendengarnya,ibarat mencurah air ke daun keladi.
Luqman ketika menasihatkan anaknya supaya tidak terlalu mementingkan dunia berkata; “Jual duniamu untuk membeli akhiratmu , nescaya kamu engkau kan untung kedua-duanya sekali. Jangan sesekali engkau menjual akhiratmu semata-mata untuk membeli duniamu kerana itu akan menjadikan engkau rugi kedua-duanya.”
Diriwayatkan , bahawa beliau berkata kepada anaknya: “ Hai anakku! Aku akan memberikan rahsia padamu dengan dua perkara, apabila engkau berpegang kepada kedua-duanya engkau akan sentiasa dalam kebaikan: Setiap dirhammu (hartamu) untuk kehidupanmu (di atas dunia) dan agamamu untuk (bekalan) di hari akhirat.”
Luqman berkata lagi kepada anaknya :”Jangan engkau condong kepada dunia serta jangan hatimu (memikirkan) mengenainya.
“Engkau tidak diciptakan untuk memikirkan hal keduniaan. Sedangkan tidak ada ciptaan yang lebih hina daripadanya.
“Sesungguhnya , Allah tidak menjadikan segala nikmat di atasnya sebagai pahala bagi orang yang taat sdan tidak juga segala bala bencananya baladan bagi orang yang derhaka.”
Mengenai hubungan dengan pemimpin pula, Luqman berkata kepada anaknya: “Sekiranya engkau berhajatkan kepada pemerintah, maka jangan engkau menyindirkannya serta jangan engkau meminta hajatmu itu kecuali (dia) dalam keadaan redha dan berjiwa tenang .”
Ditanya apakah nilai sabar ketika menghadapi atau menangguh sesuatu kerenah, katanya : “Barangsiapa yang bersabar menanggung kerenah dia akan memimpin mereka.”
Apa yang beliau maksudkan adalah hanya orang yang sabar dalam menghadapi sesuatu kesusahan boleh menjadi seorang pemimpin yang baik.
Luqman juga pernah berkata: “Manusia yang paling baik maruah dan adabnya ialah orang yang apabila dia memerlukan(sesuatu), dia akan menjauhkan dirinya (daripada manusia) dan apabila dia diperlukan, dia akan mendekati(mereka).”


trimaz






0 Comments:

Post a Comment

<< Home