MuTiArA CiNtA

Monday, January 31, 2005

renungan sesama kita

Assalamualaikum?

Ada something yang nak share.Moga kita sama-sama ambik iktibar.

Luqman Al-Hakim sentiasa memberikan kata-kata berguna kepada anaknya supaya dia berfikir sdan mendalami maksud nasihat itu.Contohnya, beliau mahu anaknya tidak terlalu menerima bulat-bulat kebaikan seseorang kepadanya.Mungkin, bimbang ada udang di sebalik batu atas kebaikannya.
Katanya: “Hai anakku! Mohonlah perlindungan dengan Allah daripada segala kejahatan manusia dan berhati-hatlah engkau daripada segala kebaikan mereka.
“Jauhilah diri daripada musuhmu serta berhati-hati dengan kawanmu dan janganlah engkau menghalang sesuatu yang tidak berkaitan denganmu.”
Pada maksud yang hampir sama katanya: “Dan janganlah engkau meminta pertolongan daripada orang yang akan memperdayakanmu dan orang keji perangainya kerana jika dia membalas permintaaanmu itu, balasannya berupa keaiban buatmu. Dan sekiranya dia menunaikan hajatmu itu, ia hanya untuk kebanggaan (dirinya).
“Janganlah engkau meminta maaf kepada orang yang tidak suka melihat engkau memperoleh kemenangan. Janganlah engkau meminta pertolongan daripada orang yang tidak suka engkau mencapai kemahuanmu”.
Kebijaksanaan Luqman dalam memberikan nasihat turut dilihat apbila berkata: “Barangsiapa yang bercerita kepada orang tidak mendengar akan percakapannya, ia akan seumpama orang yang membawa harta bendanya kepada ahli kubur.
“Hai anakku! Utuslah seorang yang bijaksana dan berwasiat padanya. Utuslah seorang yang bijaksdana dan jangan pula engkau berwasiat lagi kepadanya.”
Kita hendaklah berhati-hati ketika memberi nadihat atau meluahkan sesuatu perkara kepada deseorang .Biarlah nasihat itu didengar dan dikuti oleh orang itu .Jika memberi nasihat kepada mereka yang enggan mendengarnya,ibarat mencurah air ke daun keladi.
Luqman ketika menasihatkan anaknya supaya tidak terlalu mementingkan dunia berkata; “Jual duniamu untuk membeli akhiratmu , nescaya kamu engkau kan untung kedua-duanya sekali. Jangan sesekali engkau menjual akhiratmu semata-mata untuk membeli duniamu kerana itu akan menjadikan engkau rugi kedua-duanya.”
Diriwayatkan , bahawa beliau berkata kepada anaknya: “ Hai anakku! Aku akan memberikan rahsia padamu dengan dua perkara, apabila engkau berpegang kepada kedua-duanya engkau akan sentiasa dalam kebaikan: Setiap dirhammu (hartamu) untuk kehidupanmu (di atas dunia) dan agamamu untuk (bekalan) di hari akhirat.”
Luqman berkata lagi kepada anaknya :”Jangan engkau condong kepada dunia serta jangan hatimu (memikirkan) mengenainya.
“Engkau tidak diciptakan untuk memikirkan hal keduniaan. Sedangkan tidak ada ciptaan yang lebih hina daripadanya.
“Sesungguhnya , Allah tidak menjadikan segala nikmat di atasnya sebagai pahala bagi orang yang taat sdan tidak juga segala bala bencananya baladan bagi orang yang derhaka.”
Mengenai hubungan dengan pemimpin pula, Luqman berkata kepada anaknya: “Sekiranya engkau berhajatkan kepada pemerintah, maka jangan engkau menyindirkannya serta jangan engkau meminta hajatmu itu kecuali (dia) dalam keadaan redha dan berjiwa tenang .”
Ditanya apakah nilai sabar ketika menghadapi atau menangguh sesuatu kerenah, katanya : “Barangsiapa yang bersabar menanggung kerenah dia akan memimpin mereka.”
Apa yang beliau maksudkan adalah hanya orang yang sabar dalam menghadapi sesuatu kesusahan boleh menjadi seorang pemimpin yang baik.
Luqman juga pernah berkata: “Manusia yang paling baik maruah dan adabnya ialah orang yang apabila dia memerlukan(sesuatu), dia akan menjauhkan dirinya (daripada manusia) dan apabila dia diperlukan, dia akan mendekati(mereka).”


trimaz






Sunday, January 30, 2005

$e$@JeR

Assalamualaikum?

Just nak inform kat korang jer x-specially yang minat nasyid la kan.May be ada yang dah tahu .Tak der apa pun pun sebenarnya tapi penting la jugak.Korang bley la join kat web nasyid terbaru ,komuniti nasyid paling happening kat malaysia.
Banyak la jugak diskusi ,lirik ,dan lain-lain yang berkenaan ngan nasyid kat sini .Ada diskusi pasal rancangan terbitan JAKIM pas tu ada gak pasal info & maklumat radio
Ikim.fm kat sana.Join ah best.Bley la kita merapatkan mahabbah Fillah antara kita.
Kalo korang tak minat nasyid apa salahnya skali-skala tukar angin.Kalo korang dah memang minat nasyid tapi tahu lagi cecepat ler join.Kang rugi nanti xcuz kat sdini la kumpulan informasi mengenai nasyid ada bukan pasal satu group ajer tapi semua group gather kat sini.
Kalo korang sokong nasyid jangan lupa tonton Nasyid Minggu Ini(NMI) setiap Ahad kul 6 ptg kat tv1 dan rancangan yang berkaitan.serta dengar la radio IKIM.FM.


Korang bley la join

www.nasyid.com.my

PePeH@L pkhairunnisa@yahoo.com




$eM@!K@N M@H@BB@H KeRn@ C!Nt@ KeP@D@-Ny@



Friday, January 28, 2005

Insan Bernama Kekasih

a'kum?


Kalo korang nak tahu x lama lagi UNIC akan muncxul sdwengan album baru yang ketiga selepas YOU AND I SEE DAN SEE YOU DI IPT .Kali ni x tahu la apa pulak tajuk nyer.
Yang pasti album nie akan gempak cuz kata diorang best .Lagi satu album nie akan menampilkan dua orang ahli baru Fadzly dan Hafiiz selepas Hafiz dan Wan Shah kuar.
Single pertama diorang Insan Bernama Kekasih yang bley di
dapati dlm album Nur Kasih 2.Bila dengar bley tahan gak pembaharuan diorang .Sore sdiorang dah makin matang gak .Yer la dah masuk album ketiga kan, mesti dah lagi bagus

Kalo nak nie la lirik lagu INSAN BERNAMA KEKASIH


Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau ku miliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih
Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaaan
Mengusir segala resah di jiwa
Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa
Pada-Mu Oh Tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yang ku pinta kebaikan dari-Nya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran
Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepada-Nya
Kau ku sayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih